Tuesday 28 August 2012
Monday 27 August 2012
Saturday 25 August 2012
Sunday 12 August 2012
Friday 10 August 2012
CABAR DIRI UNTUK BERJAYA
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah
sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti
mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti
Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti
Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin
Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang
mendapat 16A dalam SPMnya.
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa
hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan
kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja
maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah
dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang
mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah
dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang
menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan
adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri.
Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah
menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000
ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana
pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah
ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa
lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa
itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh
itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri
untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang
boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila
satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi
lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang
tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10
pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran
itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran
baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka
letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri
bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri
dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak
mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi
ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari
kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat
mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh.
Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita
untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu
melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan
bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita
tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka
menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka
tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk
membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada
sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk
menjatuhkan saingan kita.
Perasaan
cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah,
lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar
biasa. Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi
boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri
dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3.
Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’
Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk
tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak
‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak
jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan
orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah
selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’
pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang
aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres
sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk
takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi
memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita
tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata
tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup
dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan
pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang
yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya
untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak
menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang
mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri
untuk berjaya dalam hidup kita.
Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003
Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003
Sunday 29 July 2012
GANJARAN PUASA RAMADHAN
Semua orang mengetahui bahawa puasa itu sebahagian dari kewajipan tetapi adakah mereka tahu kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan? Disini kami ingin berkongsi kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan. :)
Sunday 22 July 2012
WELCOME RAMADHAN !
Ramadhan is here once again!
Semoga bulan puasa pada tahun 2012 ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Penuhilah setiap hari dengan amalan kebajikan. Selalu muhasabah diri dan buat perkara-pekara sunnah. Semoga kita sebahagian daripada penghuni ahli Syurga.
Friday 20 July 2012
MAJU KE HADAPAN DENGAN LANGKAH PERTAMA
Seiring dengan perkembangan semasa, unit bimbingan kaunseling SMK Seri Semantan telah menubuhkan blog ini bagi memudahkan pelajar untuk berinteraksi dengan kaunselor disamping mendapat informasi terkini mengenai tarikh-tarikh penting seperti tarikh kemasukan ke IPT dan tarikh peperiksaan MUET. Blog ini merupakan salah satu alternatif baru yang diperkenalkan dalam kaedah penyampaian bertujuan memberi motivasi kendiri dan perkembangan minda pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)